Assalamualaikum and hello readers, Okay so dah lama I tak update blog, maklumlah dah kerja and biler balik kerja tu penatnya.. yaa ampun.. hehe.. Okay so kembali kepada tajuk story kite harini. Dulu I start masuk M Suites tahun 2015 kalau tak silap. Mase tu masuk M Suites sebab latihan industri@praktikal. Training kat sane around 4 months. So bulan yang terakhir tu I masuk housekeeping department. A few weeks ikut abg khalid, abg khalid ni dia permanent maid for level 3. Org cakap level 3 ni lah yg paling keras sekali and biasa lah I pon percaya tak percaya je sbb belum kena lagi kan. So kat M suites ni ade wing A and wing B. Orang cakap wing B level 3 tu paling teruk. First time I kena kacau masa tu kat level 3 bilik mana tknk bagitahu lah kan, hehe. Mase tu I dalam toilet tgh cuci toilet lah kan nak buat ape lagi. Tgh cuci toilet ni tiba2 abg khalid kata dia nk turun office ambil duvet. So I pon iyekan je lah. So after dia pergi I sambung lah cuci toiletnya, Tgh lap cermin toiletnya tu tibe2 nampak abg khalid lalu, tpi nampak thru cermin toilet, so mase tu I fikir baru je bape second dia keluar bilik so I fikir tkkn sekejap sangat dia turun office. Mase tu tak fikir pape lagi, dari dalam toilet tu I toleh ke area bed sbb nampak abg khalid tgh buat bed, so I pon tanya abang khalid "abg kate nak pergi office tadi?" dia tak jawab pon soalan I, dia terus je wat bed tpi sbb dia membelakangkan I so I tk nampak muka dia. So I tngok je lah dia kan sambil tu tgn I nak capai plastik sampah yang Ietak dalam sinki, nk capai sampahnya tapi mata I tak lepas dri tgok abg khalid, a few minits smpah nya tk tercapai so terpakse lah I toleh sekejap then bile I toleh balik kt bed area abg khalid nya dh hilang, so terus lari kt trolley tngok kt corridor malangnya tkde org kat corridor, rasa cuak tu ada lah juga kan, tpi I diam je. Dalam setengah jam lepas tu abg khalid muncul tpi I tak cakap ape2 dgn dia sbb I tknk dia takut so I diam je. Then a few weeks after that, mcm biasa lah dekat wing B, at that time dah ptg, mase tu kt bilik premier, tgh buat bilik occupied dgn abg khalid, then abg khalid turun gi office, time dia turun tu pula blackout kat level 3, jgn terkejut lah mmg level 3 tu selalu blackout, sampai I dh permanent ni pon, still blackout juga. Tak thu lah kenapa. Tapi yg paling pelik sekali, everytime nk hujan atau tgh guruh, time tu lah nnti sorang2 kena kacau. Nak taknak terpakse lah berani kan diri.
Okay itu story masa training, so lepas training I partime pula kt sana, masa partime pon ada lah sikit2 kena kacau, mase I dgn Ude, masa tu kena jump floor, level 2 and level 6, kena kacau dekat level 6, wing B, masa tu mmg floor tu kosong, guest semua dh check out, so tinggal I dgn Ude je dkt situ, bukan I sorang je kena, ude pon kena juga, dua2 kena serentak, mule2 tkde pape, masa tu rusly(supervisor) naik level 6, so supervisor akan bawa walkie talkie, dia tulis bilik check out kt report then dia turun, lima minit lepas dia turun, tibe2 terdengar suara perempuan, masa tu I dekat trolley, Ude dkt dlm bilik tgh buat bed, mula2 I ingt Ude buka Tv so I diam je and si Ude ni pula ingt I tgh ckp dgn someone lah, so bile dpt tahu yg dia tk buka tv and I tk ckp dgn sape2 so masing2 dh tercegat. Then buat bodoh je. Usually banyak kena dkat wing B, mase tu pula kt level 2, kt bilik hujung, taknak cakap lah bilik mane kan, then dekat hujung sana pon ada juga bilik, at that time, I dekat trolley, tgh ambik brg, then I perasan mcm ade bayang2 lalu kt hujung sana, so I pon terus masuk bilik, maklumlah penakut. Haha.
Itu masa partime, Then masa dah permanent ni pon kena juga. First sekali kena dkt wing A level 3, and I tak terfikir bende tu nak kacau org at that time because it was only 4 p.m. Masa tu I keje petang, tengah masuk kan bath mat(alas kaki) dalam bilik, tgn belah kiri I pgg bath mat, tgn belah kanan pegang kertas yg ada tulis number bilik, masa tu I baru keluar dari bilik dot dot dot, keluar dari bilik tu, housekeeping executive ada lalu, so I pon continue my work, tgh tengok kertas tu then perasan dekat hujung mata ni nampak something warna black and white dia tengah merangkak dekat lantai, I tak perasan sebenarnya benda tu apa, benda merangkak kat I then dia langgar kaki I, lepas dia langgar, I rasa semacam lah kan, memang terasa benda tu langgar and sampai nk terjatuh masa tu, lepas kena langgar I still okay lagi, after dah settle masukkan bathmat semua, turun office. Tak bagithu sape2 pon. The next day, badan sakit, dgr org panggil2 nama, pergi keje macam biasa, org pertama yg aku bagitahu danial, then mak. Parents I masa ni tk tahu lagi hal ni. Belum sempat nak buat ape2, kena kacau lagi, masa tu dekat level 6, masa tu lepas hantar request, around 6.30p.m dari level 6 nampak tower slide, so tengah jalan, tibe2 dgr ada org panggil, dgr suara mcm suara danial, bile toleh je dia terus lambai2 mmg nmpk mcm si danial, so I fikir dia mandi pool ke sebelum balik, buat bodoh je. The next day, I still belum recover lagi dari first kes yg I nmpk bnde tu merangkak, terus I tanya danial.
Me: kau mandi pool ea semalam?
Danial: Bile masa pula?
Me: Habistu semalam kau panggil aku masa aku dekat level 6.
Danial: Eh mana ade.
Lepas dgr mcm tu i terus rasa down balik, rasa tak sedap badan, bdn sakit semua penyakit lah datang time tu. terus muka berubah. The next day, boss panggil OT masuk awal. Sampai je opis dengan muka pucat, terus bos tanya okay ke tidak. Bos nasihat juga, jgn main terjah je bilik, sebab I baru lagi. Sejak tu kalau I kerja malam mmg I tak berani nak naik check bilik sorang2. Even I pergi rounding dari level1 - 6 rasa seram memang ada. Nak taknak kena berani kan diri, if not tak settle lah kerja klau macam tu kan. Tapi memang apa2 sekarang pergi mesti berdua. I tahu benda dkt mane2 pon kite kerja mmg ada, cume kita kena berani. itu je. Walaupon kadang2 I takut tapi terpaksa lah kan.
Okay thats all for this post. Seminggu juga lah cube ingatkan balik benda nie semua.
Apa2 pon Thank You kerana Post Kita ni
ReenaAzhar